Kelas Multimedia - Grafik

22 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia - grafik iaitu Canva.com. Kelas Canva.com ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan salah satu alatan yang dapat digunakan untuk membuat pelbagai kandungan visual atau kandungan website dan blog.

Dalam kelas ini, peserta telah diajar beberapa langkah. Langkah pertama, mereka diminta menggunakan email atau menggunakan Facebook/Google untuk mendaftar akaun di Canva.com. Mereka diminta untuk memasukkan nama, username, website dan lokasi.

Langkah kedua, mereka telah diminta untuk memilih layout sendiri yang sedia ada untuk mempersembahkan hasil kerja. Langkah ketiga, peserta diajar membuat grafik seperti membuat Kad Ucapan Hari Lahir dan diajar cara mengedit teks agar sesuai dengan kandungan pembelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali